October 12, 2025
image

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM300 adalah bantuan one-off yang diperkenalkan di bawah inisiatif Belanjawan Madani 2024. Ia bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Bantuan ini membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam pembelian keperluan asas. 

Untuk menyemak status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM300, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut: 

1. Layari Portal Rasmi: Pergi ke laman rasmi Bantuan Tunai STR untuk semakan status kelayakan bantuan ini. 

2. Login Akaun STR: Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. 

Maklumat Penting: 

Tarikh Bayaran: Bermula pada 9 Disember 2024 untuk penerima kategori bujang dan isi rumah.

KategoriJumlah
Bujang (Belia/Warga Emas)RM150
Isi Rumah (Berpasangan/Tunggal)RM300

Kaedah Pembayaran: Wang akan disalurkan terus ke akaun bank atau secara tunai melalui cawangan cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Kelayakan: Penerima yang layak adalah warganegara Malaysia yang lulus kategori STR 2024 dan disenaraikan dalam data miskin/miskin tegar e-Kasih sehingga 31 Oktober 2023 . 

Untuk maklumat lanjut, rujuk portal rasmi MyKasih atau Portal STR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *