
Pembaharuan cukai jalan (LKM) kini lebih mudah dengan aplikasi MyJPJ, yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia sebagai sebahagian daripada pendigitalan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Aplikasi ini membolehkan pengguna memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter.
Langkah Langkah memperbaharui cukai jalan (e-LKM) menggunakan aplikasi MyJPJ:
- Muat Turun dan Log Masuk Aplikasi
• Pastikan anda telah memuat turun aplikasi MyJPJ daripada Google Play atau App Store, kemudian log masuk ke akaun anda. - Pilih Menu Pembaharuan
• Klik pada menu “Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)”.
• Pilih nombor plat kenderaan yang ingin diperbaharui.
• Insurans kenderaan hendaklah dalam status aktif
• Jika terdapat error “Rekod Insurans Tidak Wujud” bermakna insurans masih tidak aktif. - Tetapkan Tempoh dan Kaedah Pembayaran
• Pilih tempoh pembaharuan antara 6 bulan atau 12 bulan.
• Pilih kaedah pembayaran, sama ada menggunakan kad kredit/debit atau perbankan internet (FPX)
• Pilih bank dari senarai bank yang dipaparkan dan buat pembayaran. - Pengesahan
• Resit Berjaya akan dipaparkan dan boleh dimuat turun sebagai rujukan.
• Tunggu 15 minit untuk LKM dikemaskini secara automatik dalam aplikasi.
Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati kelebihan seperti:
• Tiada lagi pelekat fizikal cukai jalan diperlukan.
• Rebat RM5 untuk pembaharuan cukai jalan digital sehingga 31 Disember 2024.