
JPJePlate ialah inisiatif baru oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memperkenalkan plat pendaftaran digital khas bagi kenderaan elektrik (EV). Ia bertujuan mempromosikan penggunaan kenderaan mesra alam serta membezakan kenderaan EV daripada kenderaan konvensional.
Untuk pemilik kereta ZEV:
Kereta ZEV yang didaftarkan selepas 9 September 2024: Semua kereta akan dipasang dengan JPJePlate, seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).
Kereta ZEV yang didaftarkan sebelum 9 September 2024: Sila hubungi Pemasang Sah terdekat untuk membuat temujanji bagi pemasangan JPJePlate pada kereta FEV anda. Senarai Pemasang Sah di Malaysia boleh didapati di sini.
Langkah langkah untuk memohon JPJePlate untuk kereta yang didaftarkan sebelum 9 September 2024
Proses untuk Pemilik Kereta FEV (yang memiliki kereta sebelum 9 September 2024):
- Cari Pemasang Sah terdekat untuk menukar plat kereta anda.
- Cari Pemasang Sah terdekat anda di sini https://jpjeplate.jpj.gov.my/authorized-installers/
- Hubungi Pemasang Sah untuk membuat temujanji bagi pemasangan.
- Pemasang Sah akan memberikan harga yang merangkumi set JPJePlate berharga RM98 + harga pemasangan.
- Setelah mencapai persetujuan harga, tetapkan tarikh dan masa pemasangan bersama pemasang.
- Pasang JPJePlate baru pada kereta anda mengikut tarikh dan masa yang dipersetujui!
Nota Penting:
- Buat masa ini, Plat EV ini hanya sah untuk kenderaan elektrik atau zero-emission vehicles (ZEV).
- Inisiatif JPJePlate mungkin akan diperluaskan kepada semua jenis kenderaan bermotor.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi JPJePlate atau melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).