
Kempen derma organ di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ sebagai satu cara menyelamatkan nyawa individu yang memerlukan. Program ini diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sokongan badan-badan bukan kerajaan. Pendekatan utama termasuk sesi penerangan, pameran awam, serta kemudahan pendaftaran secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera.

Langkah-langkah untuk mendaftar sebagai penderma organ menggunakan aplikasi MySejahtera:
- Log Masuk ke Aplikasi MySejahtera
Pastikan anda menggunakan akaun MySejahtera anda.
- Cari Menu Ikrar Pendermaan Organ
Pada halaman utama, cari ikon atau bahagian yang berkaitan dengan ikrar derma organ (Organ Donor Pledge)

- Isi Maklumat yang Diperlukan
Anda perlu menjawab beberapa soalan mengenai kesediaan anda untuk menjadi penderma organ.
- Hantar Borang
Klik butang “Hantar” setelah maklumat diisi. Setelah pendaftaran selesai, anda perlu memuat semula profil untuk melihat kad ikrar pendermaan organ anda.

- Maklumkan kepada Waris
Adalah penting untuk berbincang dengan ahli keluarga atau waris mengenai keputusan ini supaya mereka memahami dan menyokong niat anda apabila diperlukan .
Langkah ini memudahkan proses pendaftaran dan membantu meningkatkan kesedaran serta penyertaan dalam pendermaan organ di Malaysia.
Hukum menderma organ dalam Islam: Harus dan amat digalakkan
Sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3314-bayan-linnas-siri-ke-176-fatwa-berkenaan-organ-dan-tisu
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari dermaorgan.gov.my