October 12, 2025
image

Untuk menyemak penyata KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) secara dalam talian, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut: 

1. Daftar i-Akaun KWSP (jika belum ada) 

  • Pergi ke kiosk KWSP atau kaunter KWSP berdekatan anda: 
  • Aktifkan I-Akaun KWSP menggunakankad pengenalan (MyKad). 
  • USER ID dan Temporary Password akan dihantar kepada nombor telefon yang berdaftar. 
  • Daftar di laman web i-Akaun: 
  • Layari Laman Rasmi KWSP (First Time Login KWSP )  
  • Untuk pengguna baru, masukkan No. EPF anda sebagai ID Pengguna. 
  • Tetapkan ID Pengguna dan Kata Laluan baru anda. 

2. Log Masuk i-Akaun KWSP 

  • Pergi ke laman web rasmi KWSP: KWSP Log Masuk  
  • Klik Log Masuk dan pilih i-Akaun (Ahli). 
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. 

3. Akses Penyata KWSP 

  • Setelah log masuk,  cari menu “Simpanan” 
  • Pilih tahun penyata untuk melihat penyata ringkas. 
  • Anda boleh memuat turun penyata tersebut dalam format PDF untuk rujukan. 

4. Muat Turun atau Cetak Penyata 

  • Klik “Muat Turun” dan pilh tahun yang anda mahu. 
  • Anda diberikan pilihan untuk simpan PDF atau terus cetak. 

5. Gunakan Aplikasi i-Akaun 

  • Anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP yang tersedia di Google Play Store atau Apple App Store untuk akses mudah ke penyata KWSP anda. 

Jika menghadapi masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KWSP di 03-89226000 untuk bantuan lanjut. 

Soalan Lazim (FAQ) 

S1: Apa itu i-Akaun KWSP? 

Platform dalam talian untuk menyemak akaun KWSP, caruman, dan melakukan transaksi. 

S2: Bagaimana mendaftar i-Akaun? 

Dapatkan kod pengaktifan dari kiosk/cawangan KWSP atau hotline (03- 89226000), kemudian aktifkan di laman web KWSP 

S3: Bolehkah penyata diperoleh melalui aplikasi mudah alih? 

Ya, gunakan aplikasi KWSP i-Akaun untuk semakan. 

S4: Bolehkah semak penyata tahun lepas? 

Ya, pilih tahun yang dikehendaki semasa menjana penyata. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *